Pages

Sunday, January 8, 2012

Dr. Ezani Farhana Juara MasterChef Malaysia Musim Pertama, Tahniah!

Kalau menonton rancangan realiti TV yang satu ini, tidak sah kalau perut tidak berkeroncong.
Tidak kira MasterChef edisi negara mana pun, hidangan yang terhasil jarang mengecewakan selera kami yang mudah ini.
Pentas akhir MasterChef Malaysia baru sahaja tamat dan seperti yang di’jangka peminat selama ini calon favourite Dr. Ezani Farhana berjaya membawa pulang gelaran juara untuk musim pertama.
Ezani Farhana merupakan seorang doktor pergigian yang berusia 26 tahun dan berasal dari Kajang, Selangor dan menjadikan Chef Wan juga Jamie Oliver sebagai chef kegemaran beliau kerana gaya mereka yang tersendiri ketika menyediakan hidangan di kaca TV.
Tahniah diucapkan pada Ezani.Mane la tau lepas ni bukak kedai makan pulak,boleh la jemput rase. (^.^)

source: rotikaya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...