Pages

Monday, November 23, 2009

EPIC FAILLLLLL

serius fail..gua jumpe ni kt lowyat forum..mmg xblh blah.peperangan antara streamyx ngan p1 max menjadi2.hahaha.tapi serius streamyx terdesak gak.sampai iklan fail mcm ni.hahaha
bagi2 la chance kt org lain gak streamyx oi.ingat donia ni lu sorg punye ke?huk aloh..

Wednesday, November 11, 2009

Nuffnang Premiere Screening – Storm Warriors


Sypnosis

Evil warlord Lord Godless desired to conquer China. He imprisoned a large number of martial artists and tried to make them subjugate. Among the prisoners were Cloud and the martial arts elder statesman Nameless. Wind came to the rescue. The trio was badly wounded by Lord Godless’s evil martial arts attack. Chu Chu was also knocked out when she blocked Cloud from Lord Godless’s strike. The remaining martial artists sacrificed their lives to save the trio, in the hope that the trio would beat Lord Godless one day and save the country.

Chu Chu was badly wounded and stayed unconscious. Cloud was filled with remorse and vowed to take revenge. Wind chose to take the evil way to quickly boost up his martial arts skills, so that he could protect the people. During his training, he met the girl who changed his life, Dream. Meanwhile, the troop of Lord Godless came to attack. Wind’s training was interrupted when he tried to save Dream from Lord Godless’s assault. After some killings, Wind ran away and disappeared…

Lord Godless took The Emperor in captivity and stationed his troops in Heaven Cave. Cloud arrived alone and started a combat with Lord Godless. Lord Godless had the upper hand. In the meantime, the half-evil Wind appeared and joined the battle. During the fight, they inadvertently discovered the secret of the sovereign.

The real intention of Lord Godless’s invasion was related to an ancient tomb, a forbidden ground buried with the Royal family’s secret. The truth was finally revealed. At last, how would the battle end? Who would eventually rule over the country?

ourtesy of GSC-EON Bank Credit Card, 30 Nuffnangers with their guests will be able to catch The Storm Warriors 1 day before its release date in Malaysia! To win yourself a pair of invites to catch The Storm Warriors in the big screen, just complete the following:

Write a blog post titled “If I’m a STORM WARRIOR” and share with us how would you look like by posting up your picture in the post (refer example below) and provide a link to GSC-EON Bank contest minisite at www.gsc-eonbankcard.com. Be sure to leave a comment in this blog post with the permalink of your blog post after you’re done.

poster

30 most creative blog posts and/or comments will win a pair of invites to catch the Premiere Screening of The Storm Warriors happening on the 9th December and cool Storm Warrior merchandise.

On top of that, the 5 most creative blogs will receive an additional pair of EXCLUSIVE MEET-THE-STARS passes to meet and party with the cast at the Aloha, KL. These passes are exclusive to Nuffnangers and are not available for other contests ran by GSC-EON Bank Credit Card.

We are not done yet! Further to all the prizes above, GSC-EON Bank Credit Card will also give a brand spanking new Samsung Jet mobile phone to the MOST creative Blog posting made. So basically the most creative blog will win a mobile phone, a pair of Meet-The-Stars passes, a pair of premiere night tickets and Storm Warrior merchandise.

The Blog & Win contest is exclusive to Nuffnangers but if you are keen to win more prizes, GSC-EON Bank Credit Card at the same time is running the Answer & Win and Upload & Win contest for The Storm Warriors. You can check all this out in their minisite at www.gsc-eonbankcard.com .


Date : 9th Dec 09 (Wed)
Time : 8.30pm
Venue : GSC Midvalley
Terms & Conditions
1. Only open for Nuffnang Glitterati bloggers.

2. Comments and/or blog posts submitted must be original and not plagiarized from any other sources. Priority will be given to bloggers who write a blog post.

3. The closing date for this mini contest is 22nd November 2009.

4. Invitations will be sent out via email on 26th November 2009 which would require bloggers to reply for confirmation of attendance. If an invitation sent out is not confirmed by 12pm, 27th of November 2009, it will be declared void and passed to the next blogger in line.

5. Should a particular prize become unavailable due to unforeseen circumstances; Nuffnang reserves the right to replace the prize with another prize of the same value to the winners.
6. Nuffnang reserves the right to amend the Terms and Conditions without prior notification to participants.

mai pakat tgk....aku mmg minat tgk cite cina dari kecik...storm warriors ni mmg best...rugi la sape xtgk

Tuesday, October 13, 2009

Benda Annoying Masa Majlis Kawin #2

Continue raging! Raar raar - credit to Obefiend again.

MAKCIK CATERING YANG KEDEK

Masa aku kecik-kecik dulu aku suka pergi majlis kawin. Dapat makan ayam masak
merah dan minum sirap pekat. Ayam masak merah majlis kawin lain macam sedap rasa
dia. Mungkin bila masak satu kawah tu perisa dia lagi ong tak macam masak
sikit-sikit. Aku jenis tak makan banyak tapi kalau pergi kenduri kawin aku bedal
sebanyak mungkin. Traditionally satu meja ada sepinggan lauk, sepinggan acar,
kuih 2-3 jenis dan satu jag air sirap. So tetamu is expected untuk habiskan
semua makanan di atas meja diorang. Tambah-menambah is the norm pasal nak tunjuk
kat tuan rumah yang masakan dia sedap. In fact zaman dulu tuan ruamh suruh kita
tambah dan melantak. Kalau tak dia offended.Itu dulu. Sekarang tidak lagi!

Djaman sikalang orang dah tak pakai hidang lauk atas meja. Sekarang pakai kayak
buffet. Tetamu datang terus beratur kat buffet line sambil makcik catering
letakkan lauk atas pinggan untuk tamu. Pasal lauk dah tak masak on site maka
caterer zaman sekarang suka mencatu makanan. Satu ketul ayam per guest. Satu
senduk kuah. Oren satu ulas dan air gelas plastik kecik (note to tuan rumah :
gelas kaca for the win! cawan plastik tak stim!). Macam tak ikhlas sial letak
makanan sikit nak mampos. Pastu pernah aku kena marah mintak ayam lebih;

"Makcik saya tak nak rendang.. boleh bagi ayam lebih?"
"Tak boleh nak.. seketul ayam aje untuk satu tetamu"
"Tapi ni bahagian peha dah potong tiga.. takkan banyak ni je?"
"Tak boleh nak.. seketul aje bole!!!!"

Cam tahi habis. Caterer sucks ass! Ade ke jantan gemok seladang macam aku ni dia
bagi bahagian peha yang dah dipotong 3. Ini macam isi minyak RON95 10 ringgit
dalam tangki minyak Hummer H3 Horatio Caine! Mana boleh! Bring back the old
ways. Apa kes catu makanan tetamu!

KHEMAH KAHWIN HALANG JALAN

Nyirap tak? Pagi-pagi bawak kereta nak pergi kedai sekali jalan kena blok. Yang
bestnya kerusi apa semua tak letak lagi pun, tapi tuan punya kenduri dah letak
sign "no entry" dengan kereta dia letak atas jalan. Apa punya busuk perangai
manusia ni? Kalau kerusi dengan meja dah tersusun aku boleh lagi consider. Ni
belum apa-apa dah halang jalan. Pastu pulak masa kenduri kahwin tetamu datang
parking kereta ikut suka hati nenek dia aje. Sometimes kereta jiran tak boleh
nak keluar pasal parking macam haram.

Zaman dahulu kala bila kahwin kat kampung memang lah logik buat kenduri kat
rumah. Kampung djaman dulu mana ada dewan komuniti. Laman rumah dulu pun luas
pasal melayu dulu petani. Melayu pasca millenium duduk rumah teres. Nak parking
2 kereta dalam halaman pun tak cukup apa lagi nak letak 3 pasang khemah lengkap
dengan kipas sembur air. Zaman moden sekarang aku rasa ada baiknya kalau kita
buat kenduri kawin dekat dewan serbaguna. Jalan tak berapa nak block. Parking
space dah tersedia dan paling bagus sekali pakcik hensem nak melalak masa
karaoke pun boleh melalak dengan girangnya pasal dewan adalah peredam bunyi yang
efektif. Bunyi contained dalam dewan je. Takde la jiran yang hangin macam apa
yang aku baca dekat comment section part #1 semalam.


TANDA ARAH TAK BUANG LEPAS KENDURI HABIS

Ni satu lagi pet peeves aku. Lepas kenduri kendara dah setel (dan mempelai dah
puas bergolek-golek) road sign homemade yang dipacak serata taman perumahan tak
reti nak cabut. Ada yang dah sampai berkulat pasal lama sangat terdedah kepada
elemen alam. Dah la design huduh, main suka hati je lilit mana-mana dia suka.
Kat traffic light la.. kat petanda jalan la. Sekali tengok macam iklan ah long
plak.

Tapi kalau korang perasan sekarang ade new trend bila kawin. Pasang bunting dan
banner ala ala konsert AF. Agak bijak jugak la. Ada kemajuan bai. Takde la lagi
banner kertas AF conteng pakai marker lagi! Maju! Ini tak annoying tapi ini amat
bagus. Aku yakin lepas kawin mesti diorang cabut sendiri benda ni buat
kenang-kenangan. Al maklumlah nak print satu bunting tu mahal maka dengan
sendirinya masalah road sign homemade reput akan terhapus!

PENGANTIN LELAKI PAKAI SPEK ITAM

Aku tak tahu kenapa ada pengantin lelaki pakai spek itam? Nak nampak misterius
ke? Nampak cool macam Vin Diesel ke? Bagi aku kalau bersanding pakai spek itam
nampak macam douchebag. Lepas tu bergambar pun nak pakai lagi Rayban dia.
Menunjuk ke hape? Tapi bila aku godek-godek balik gambar wedding lama-lama aku
rasa aku dapat jawapan kepada misteri spek itam ni. Aku perasan kemunculan dia
masa early sixties. Zaman tu aku tengok semua pengantin lelaki melayu pakai spek
itam. Kebetulan masa tu Rayban ialah lambang kecoolan kamu. Artis barat semua
pakai spek itam. Bila semua orang pakai spek itam maka wujudlah tradisi baru.
Pengatin lelaki pakai spek itam walaupun dah naik pelamin. Agak what the hell
jugaklah. Kenapa pengantin perempuan tak ada LANGSUNG yang pakai spek itam? Last
time aku tengok pengatin perempuan pakai spek itam ialah masa P Ramlee kawin
dengan Saloma. That was the fisrt and last ever instance that I ever saw
pengantin wearing matching shades.

Oh ya.. tahu bila dan dekat mana boleh tengok pengatin perempuan pakai cermin
mata hitam? Masa nak bercerai dan jumpa dekat mahkamah syariah. Masa tu dua-dua
pihak ada cermin mata hitam. Yang perempuan mesti pakai yang sebesar-sebsar
mungkin! LOL

Benda Annoying Masa Majlis Kawin #1

Time for some hate post! RAGE RAGE! - credit to Obefiend again.

Anyway. Majilis perkahwinan melayu. Apa yang aku nak bantai pasal majis
perkahwinan melayu? Well read on and marilah menyelami lubuk hati busuk hitam
penuh kebencian Obefiend. Siapa dah kawin dan aku pergi majlis kahwin dia sila
pandang tepi. Mungkin batang hidung korang akan patah lepas baca entry ni.
You've been warned!

KAD KAHWIN YANG OUDATED

It's not a secret that I hate weddings. Bagi aku wedding ceremony kat Malaysia
ni bosan. Lebih-lebih lagi kalau wedding reception melayu. Kenapa? Pasal majlis
kenduri kendara Melayu ni lebih centered kepada mak bapak dan bukan pada
pengantin tu sendiri which I found bloody weird. Apa bukti aku cakap macam ni?
Sila bukak kad kawin yang anda terima kebelakangan ini. Apa anda nampak? Anda
nampak nama parents dulukan? Bukan nama pengantin

I dunno about you but I think macam kelakar. I mean kalau memang kad tu dihantar
oleh mak abah kita kepada kawan dia or saudara mara so make sense la ayat tu.
Tapi kalau kata aku kawin, then aku send kat tu pada kawan aku rasa macam weirdo
nak mampos. Asal nama parents aku lak yang menjemput kawan aku? LOL…..See what I
mean?

While we are on the subject of wedding invitation can I just add one more thing?
Jangan la guna cursive fonts. Dah outdated by at least 100 tahun sial. Nak baca
pun sakit mata. Pastu lak punya la banyak informasi kat situ. TL:DR! Sure you
might say its tradition. Don't bullshit me. Back in the days mana ada hantar
kad! Dulu mak bapak pergi rumah jiran jemput personally. Hantar kad ni recent
tradition yang direka dan skang orang tak berani nak pecahkan tradisi kad kahwin
penuh semak. Lastly zaman moden ni ada baiknya letak GOOGLE MAP marker pada kad
kahwin anda ok. GPS coordinate lagi bagus pasal most of the time MINIMAP
belakang kad kahwin tu amatlah useless! Sila maju mengikut zaman please! Takkan
khemah pengantin je maju kedepan. Tapi kad kahwin masih di takuk lama.

MESIN KARAOKE DAN PAKCIK TUA SYOK SENDIRIK

Lately semacam ada trend lak majlis kahwin melayu ada karaoke. Mungkin pasal
joget lambat haram.. tak islamik. Panggil kugiran pun dah tak islamik. So
karaoke ni techincally pun haram tapi dosa kecik maka kita purak-purak tak
kesah. Majlis kahwin bukan sesi audition Akademi Fantasia ye. So apa point ada
orang melalak masa pengantin tengah makan beradat? Menguji kesabaran mempelai?
Training untuk hadapi jiran atas flat yang memekak sampai 3 pagi? I dunno you
tell me dear readers!

Lepas tu nyanyi plak lagu jiwang leleh. Kalau korang notice, orang yang first
beranikan diri nak nyanyi masa kenduri ni mesti pakcik yang dalam umur 40-50
tahun. Mesti pakai spek hitam dan pakai kemas-kemas. Aku rasa pakcik ni mesti
dah target awal-awal nak karaoke secara public. Dia recce dulu kenduri kawin tu
ada karaoke ke tidak. Kalau ada dia pakai kemas-kemas so nampak macam superstar
la bila dia nyanyi nanti. Cewah.. siap masa nyanyi tak tengok screen karaoke
bai! Dah hafal lirik dowh! Mantops la pakcik. Orang ramai layankan aje la
perangai pakcik sorang ni.

"Pakcik.. pakcik tau ke pakcik nyanyi tak sedap"
"Kamu je kata tak sedap .. orang lain kata sedap"
"Kenapa pakcik suka karaoke pakcik?"
"Oh pakcik dulu juara Talentine 1967"
"Tapi itu dulu pakcik"
"Kamu ni! Mawi dengan Zahid AF dulu pun kaki karaoke kahwin jugak..skang dah
berjaya"

That explains a lot. Dia ni macam uncle kepada Napoleon Dynamite. Masa muda
cita-cita nak jadi raja pop yeah yeah tak tercapai . Bila dah tua still
menyimpan hasrat nak jadi superstar. Maka bila ada open mic karaoke session dia
pun buang tebiat!

WARNA BAJU PENGANTIN YANG "MENARIK"

Warna yang ideal untuk wedding bagi aku ialah putih. As far as I can remember
semua makciks dan pakciks serta saudaras aku kahwin pakai baju warna putih.
Paling grand/over pun pakai baju warna keemasan. Maybe pasal nak pakai kuning
diraja tak boleh (dulu taboo.skang aku tengok ramai lak melayu pakai baju kuning
diraja masa kawin) , so yellowish tu harapnya dapat la melengkapkan illusion
raja sehari. kedua-dua warna ni aku tak kesah. Very pleasing to the eyes. In
fact aku rasa even malays zaman sekarang dah EMBRACE the culture of white
wedding.

Tapi yang aku tak paham ada pengantin yang pakai baju kaler tah hape-hape.
Purple lah…….pink lah……….. biru mata hitamku lah. Macam fancy costume party
annual dinner je lagaknya. Maybe dalam kepala dia visualise yang wedding dia
akan nampak lain dari wedding-wedding lain.Aku boleh imagine conversation antara
couple ni masa discuss wedding plans;

"Baby-baby.. kita kahwin nanti you nak warna apa?"
"Putih dah la.. simple and very suci gitu"
"Ala you ni bosan lah!.. Asik putih je. Tak memorable la wedding kita"
"You nak memorable camne bibo sayang?"
"I nak kawan I cakap ,Wow wedding Cleo Weiland is very unique and different"
"Ok la.. kalau camtu kita kahwin pakai BDSM leather suit .Sure unik"
"Stop being retarded bie.. you are being an asshole again!"
"Yeah……. that is why you love me"

I really pity the grooms in this kind of situation. I am sure the grooms have no
say in what the colour scheme of the wedding would be. Lelaki angguk je pasal
tak nak kecikkan hati bakal bini. Kalau bini merajok dan kita pulak berkeras
malam pertama nanti tak kunjung tiba pulak kang! HAW HAW.. Seriously. Lelaki
mana yang akan setuju dengan baju melayu PURPLE atau HOT PINK? Mesti kena
emotional blackmail la dengan bini dia

"Kalau you tak nak terima my pink wedding theme I tak jadi kawin!"

Or some shit like that. I bet 20 years down the line bila bukak balik wedding
album mesti rasa macam nak bunuh diri kan? What the hell was I thinking with
that Samurai and Geisha photoshoot? Oh yes.. I've seen some of those Samurai
Geisha themed wedding photos. They look stupid now and they WILL look SILLY 20
years down the road!

Jenis-Jenis orang Yang Mengjengkelkan di Universiti #2

Rage time again.. rage. Kali ni kena batang hidung sendiri- credit to Obefiend

MINAH DATIN

Minah Datin ialah Mak Datin in training. Semua Minah Datin yang anda nampak
sebelah Dato' dan Pak Menteri memulakan evolusi kedatinan mereka dari spesis
ini. Minah Datin seperti Mat Jiwang boleh dijumpai dari minggu suai kenal lagi.
Awek lain pakai baju kurung dan kasut flats, dia akan pakai kebaya jarang dan
high heels keletuk keletak. Mekapnya juga tebal lagi dari buku Harry Potter.
Minah Datin masa minggu suai kenal suka berjalan seorang diri. That way dia akan
nampak lagi meyerlah. Minah Datin juga adalah orang pertama yang akan dilihat
naik motor abang senior merangkap fascilitator minggu aluan siswa. By the time
dia masuk tahun ketiga 70% abang-abang yang famous dalam uni dah dia date. Kalau
uni kamu ada local area network jangan terkejut kalau Minah Datin dapat jadi SOP
MIRC atau Admin secara fast track. Ini adalah kerana abang admin dah jatun
cintan dengan minah datin. Pada tahun ketiga sebelum praktikal minah datin akan
mengeluarkan statement macam bagus seperti;

"Aku tak date budak satu batch pasal tak matang"
"Apa kelas date budak sama batch? Balak aku grad ,dah kerja dan boleh support
aku"

Untuk tiga tahun pertama Minah Datin akan menjadi the hot stuff di uni. Semua
orang kenal dan boleh dikatakan cerita tentang dia jarang yang enak didengar.
Masuk tahun akhir saham Minah Datin akan jatuh macam saham Bernie Madoff kerana
ada junior baru yang take over sebagai Minah Datin Alpha. Masuk fifth year bila
dah lemau baru la sedar abang dia yang dah grad tu bukan tunggu dia pun. Semua
dah kahwin budak setempat kerja. Jadi la Minah Datin ni single and tak
laku-able. Believe it or not sebelum grad Minah Datin akan end up berkapel
dengan budak satu batch jugak akhirnya. Most of the time it's the same dumb ass
yang dah mendamba Minah Datin sejak first sem lagi tapi kena reject masa first
year. HAW HAW HAW!

MACAM MANA NAK KENAL MINAH DATIN?

Mekap tebal, budak all girl school yang feymes , badan montok dan dress up
kalahkan Gossip Girl. Later bila dah tak laku dia akan tone down tapi akan jadi
manusia pertama yang tak puas hati kalau ada awek junior yang seksi. Dia juga
lah yang akan mulakan cerita busuk pasal awek junior hot terkini tersebut.

MAT GAMING

Mat Gaming ialah manusia no life yang asik main game di uni. Pukul 2 petang dia
akan main Counter Strike dekat 1000 kali. Pukul 3 pagi dia still akan menjerit
"babi babi fire in the hole lancau" untuk kesekian kalinya. Mat Gaming yang
paling dewa akan menjadi idola Mat-mat Gaming yang lain. Setiap skill beliau
akan menjadi bualan macam orang bercerita tentang hikayat pengembaraan Illiad.

"Semalam Nam3L355 PWNS 6 CT sekali round pakai DE dekat DDUST. Aku try HE dia
ikut bomb site A tapi dia HS aku pakai AK dari belakang CT spawn "

If you can understand what I just wrote above, then you are a Mat Gaming
yourself. Jangan malu. Penulis juga seorang Mat Gaming dimasa mudanya dulu. Mat
Gaming juga ada masalah menahan emo . Katakan ada teammate silap sikit dia akan
jerit sampai satu blok dengar. Kalau teammate dia tutup pintu dia akan sepak
pintu tu sampai puas hati;

"Sial la Ajil.. aku dah kata jaga radar pack sebelah kiri dengan Panzer. Apasal
engkau respawn jadi medic. Tau la Soldier skill dah +4 tapi jangan la abandon
sial. Next time spawn aku MG semua!"

Ini Mat Gaming spesis gila multi player. Ada jugak Mat Gaming yang muka tak
malu. Mat Gaming yang suka main game tapi takde PC sendiri. Dia akan pergi PC
orang pastu install game sesuka hati. Lepas tu melekat kat PC orang sampai
kerusi yang dia duduk ada kesan peluh berbentuk bontot. Mouse pulak ada daki
tebal.

But wait there's more! Spesis ketiga Mat Gaming ialah Mat Gaming peninggal taik.
Dia akan main game kat PC orang lepas tu tinggalkan high score dia untuk
tunjukkan dia power. Ini boleh dilihat dalam game macam Guitar Hero , Rock Band
atau 3D Pinball Space Cadet.

MACAM MANA NAK KENAL MAT GAMING?

Pergelangan tangan sebelah kanan dia ada a patch of skin that is smoother than
the rest. Kesan jangka panjang berjam-jam seret mouse atas meja. Sampai jadi
kematu pun ada. Rig dalam bilik pulak mesti dah moded dan kalau anda roommate
dia, pasti anda perasan akan ada orang melawat sekadar nak tengok dia main game.
50% dari Mat Gaming mesti at least extend satu sem. Most of the time orang tak
tahu pun nama betul dia. Kalau jumpa kat luar bertegur sapa dengan nickname in
game seperti Winters , Fatal1ty, Ayob_Skod , Craxtor, Vivre , Sta88er dan
Nam3L355. Lame shit sial! Macam aku.

MAT EXTEND

Mat Extend menjengkelkan pasal diorang ni tua kutuk tak sedar diri. Kalau extend
satu sem takpe, ni extend 7 -8 sem. Orang lain dah habis masters dia still tak
abis lagi degree. Diorang selalunya dah sediakan alasan kalau kena tanya kenapa
tak abis-abis belajar;

"Aku saja je malas abis awal pasal kat luar tu bukan ada kerja pun skang"
"Aku tukar course pasal aku nak belajar semua benda..aku boleh je double major"

Padahal semua orang yang kenal tahu dia ni pemalas, kaki mendak, main game,
layan TV series, layan hentai dan uselessjunk! Not surprisingly walaupun dia
warga emas dekat uni, dia still antara orang yang paling famous dan banyak
kawan. Cakap je nama dia semua orang kenal. Orang lain pergi kelas dia duduk
merempat dekat MIRC layan chat.Tak pun sentiasa kelihatan di forum-forum
internet sepanjang masa kumpul postcount. Mat Exend jugak orang yang paling
banyak cerita negative pasal lecturer-lecturer yang ada dalam uni kamu.

"Engkau ambik Fluid Mech dengan Ir Matori eh? Habis la engkau. Mamat tu ngajar
macam lakhanat! Tak paham aku"

Tapi bila kamu ambik kelas yang sama kamu rasa ok je dia ngajar. Paham je segala
benda yang dia tulis dalam notes dan white board. Apa Mat Extend ni bebel sial?
Tapi walaupun diorang ni jengkel dan nampak busuk korang berkawan jugak dengan
diorang. Nak tahu kenapa? Pasal Mat Extend warga emas ni la yang jaga network
korang, troubleshoot PC korang kalau rosak , ajak maple malam buta, organize
gathering komuniti , tokan ganja , tokan udang galah jepang dan mesra talak
sombong. Segala hal takde masalah dengan Mat Extend. Diorang ni ada aje masa
terluang untuk layan kerenah korang.

MACAM MANA NAK KENAL MAT EXTEND?

* Muka dekat kad matrik tak sama dengan muka diorang sekarang pasal gamba tu
ambik 7 tahun lepas
* Saiz pinggang tak kurang dari 34 inci
* Admin dan SOP dalam kolej. Kemungkinan besar network server DC++ uni kamu dia
yang punya
* Mat Extend ialah brader paling awal dating dengan Minah Datin. Fucking ass
sungguh!
* Bila dia hilang one fine day dari kolej korang terfikir. Dia tu dah grad ke
kena tendang? HAHAHAHHA

Jenis-Jenis orang Yang Mengjengkelkan di Universiti #1


Rage time.....rageeeeeee - credit to Obefiend

Let's talk about university shall we? I bet some of you oldfags are missing your
good old uni days kan? Sekarang ni musim konvokesyen di universiti-universiti
tempatan. Selalunya konvo ialah hari terkhir korang menjejakkan kaki di
universiti "tersayang". Ia juga kali terkahir untuk melihat muka musuh dan orang
yang selalu buat korang menyirap. Lepas tu harapannya takkan jumpa lagi mamat
atau minah cam bangsat ni. Tapi because the world is such an unfair place you
would probably end up with them as office mates. Sempena minggu Konvokesyen
Universiti Teknologi Petronas , mari kita melihat jenis-jenis orang yang kita
benci semasa di uni.

MAT PAU

Mat Pau ialah manusia yang bijak dan manipulatif. Dari mingu orientasi lagi otak
dia dah mula mecari-cari mangsa yang senang dipau. Diorang tahu masa first
weeklah kita nak buat baik dengan semua orang. Bila Mat Pau datang mintak rokok
sebatang atau meggi sebungkus kita pun bagi la pasal nak beramah mesra. Mat Pau
mengepau dari pelbagai sumber dan selalu make sure yang dia tak pau dari area
yang sama. Kalau hari ni dia pau dari tingkat 3 Block A , esok dia pau dari
tingkat 2 Block D. Mat Pau ada attack plan yang dirancang rapi. Hari ni pau
meggi esok pau rokok tulat pau Milo 3 in 1. You got to admire their ability to
hide their tracks. Mat Pau hanya akan kantol kalau mangsa kebetulan ter-mention
aktiviti mengepau diorang.

"Mana Amat? Engkau tak ajak dia makan sekali ke?"
"Aku dah bagi dia meggi sepeket tadi."
"Aik.. baru semalam aku bagi dia Mee Cintan"
"Makan free sial"

Tiba-tiba member "C" mencelah;

"Amat? Dua malam lepas dia mintak aku rokok sebatang"

Member "D" pulak tiba-tiba nak join sekali;

"Aku dengar engkau mention Amat.. last week dia pau ganja aku 2 ketul"

Camtu la baru korang tahu perangai dan aktiviti mengepau diorang. Lepas dah
kantol semua boikot tak nak bagi dia barang lagi. Paling best sekali ialah Mat
Pau ni selalunya ada je alasan bila kita nak pau dia balik. Mintak pandai tapi
nak share balik tak reti. Hamjad punya manusia!

MACAM MANA NAK KENAL MAT PAU?

Mulut manis dan ramah orangnya. Satu batch dia kenal. Selalu claim takde duit
tapi bila outing bandar dia belanja sakan. Most of the time pegi bandar pun solo
pasal tak nak orang tahu dia berduit!

MAT JIWANG

Mat Jiwang ialah kasanova legenda di universiti kamu. Dia terkenal dari tahun
pertama sampai la tahun akhir sebagai kaki betina. Mat Jiwang yang paling super
duper ialah Mat Jiwang yang dari minggu suai kenal dah dapat tackle sorang awek.
Gila babi la skill dia. Kelas belum start lagi dah dapat awek teman lepak dekat
kafe. Mat Jiwang selalunya ialah lelaki kacak yang kaya dan 70% of the time ada
"Chinese Look". Rambutpun stylo pasal orang perempuan senang benar tertarik
dengan rambut yang unik. Aku sendiri tak paham tarikan seksual yang ada pada
rambut? Apa yang cute sangat rambut pacak macam Aidil Zaquan tu?Apa yang buat
kamu merembek bila tengok lelaki melayu yang "Chinese look" ? Apa malay look tak
cukup hensem ke? Adakah ini kesan negative selepas awek melayu tengok filem
Sepet? Semuanya dreaming nak balak muka macam Jason? Mat Jiwang jugak jarang
campur dengan budak lelaki satu batch. Most of the time lepak dengan awek dia 24
jam. Kalau awek dia satu fakulti , buat assignment pun dalam satu group. Ada
alasan stay up dekat kafe sampai pagi nuta. Bila kena tegur dengan pak gad boleh
kata nak buat group discussion. Sial lah! Benda yang paling korang suka terjadi
pada Mat Jiwang ialah bila dia clash dengan awek dia masa internship. Lepas
balik internship baru la terhegeh-hegeh nak buat baik dengan jantan satu batch.
Sebelum tu 6 semester bertegur pun tidak padahal housemate! Padan muka kau
anjing. Jadilah dia kera sumbang takde member. HAHAHAH AH AH HA!!

MACAM MANA NAK KENAL MAT JIWANG?

Muka charming, rambut kemas, takde misai , Chinese look dan kontrol hensem.
Dalam Facebook,MySpace dan Friendster Mat Jiwang korang akan perasan banyak
ambik gambar sorang-sorang. Dekat picture description pulak dia letak ayat
jiwang pujangga macam "alangkah indahnya jika aku ditemani insan bernama hawa"
or " kan best kalau dipantai ini ada awek teman" . Rasa macam nak lempang lak
tahap kejiwangan diorang ni. Kalau check wall dia pulak, korang mesti perasan
95% message ditinggalkan datang dari awek. Pundek!

MAT PONDAN/MAK NYAH

Mat Pondan ialah spesis yang korang geli nak ngaku satu batch. Mat Pondan takkan
tunjukkan kegay-an dia masa minggu suai kenal. Masa tu nampak jantan abis. Lepas
dah satu sem baru dia berani tunjukkan kepondanan diorang secara
berperingkat-peringkat. Bila lalu depan bilik Mat Pondan masa malam jumaat
korang akan terbau haruman semerbak. Kalau tak tahu itu bilik Mat Pondan mesti
jantung rasa nak tercabut pasal ingatkan ada Pontianak tengah melintas! Kuat
gila bau bai. Bilik Mat Pondan pulak wajib ada teddy bear, poster Zach Efron
(zaman aku dulu poster Joey Lawrence tak pun New Kids on The Block) , bed sheet
merah jambu dan minyak urut. Bilik Mat Pondan selalu didatangi Mat Jiwang. Mat
Jiwang buat baik dengan Mat Pondan pasal Mat Pondan baik dengan perempuan. Mat
Pondan akan ceritakan segala kebaikkan Mat Jiwang kepada perempuan satu batch.
Ini boleh dikatakan sebagai hubungan simbiosis. Mat Jiwang dapat free propaganda
dari pihak Mat Pondan ke pihak perempuan . Mat Pondan pulak dapat sentuh dan
urut badan Mat Jiwang. Sometimes I wonder if Mat Jiwang is just a closeted gay.

MACAM MANA NAK KENAL MAT PONDAN?

Korang takkan jumpa diorang mandi satu time dengan korang. Kalau korang mandi
pagi pukul 8 diorang mandi pukul 7. Kalau terserempak dalam communal toilet
korang akannampak diorang berkemban tutup tetek siap dengan shower cap kalahkan
betina. Lepas tu dalam tangan ada ada 7 jenis sabun dan losyen.

-14 Oktober 2009-


salam.hari ni tanggal 14 oktober 2009.hari yg aku tunggu2.agak lame gak la aku tunggu.berbekalkan keadaan fizikal yg agak kurang disiplin(sakit2 akhir2 ni),aku nk ucap kn "HAPPY BIRTHDAY" pada awek aku yg ku cintai,yg berada nun jauh disana.semoga pjg umur murah rezeki.jadi saya memilih lagu hepi besday tu yu nyanyian jackie chan.moga deejay bertugas putarkan lagu tu ye.

memang seronok besday.jadi,bersyukur la dpt smbut besday.moga awek aku tergolong dlm golongan hamba2 tuhan yg bersyukur.sekurang2nya tuhan beri peluang utk kita hidup lagi.terima kasih juga pada ibubapa yg memelihara kita sehingga dpt menyambut besday.besday aku yg ke 223 da lepas bulan ogos dulu...hahaha

pape pun,take care syg(utk awek aku je,korg xyah poyo2 nk perasan).moga terus berjaya dlm idup.salam 1 malaysia...ecececeh~~~konon2 bajet mcm PM lak aku ni...hahaha...
aku tgh xsehat,xde idea nk citer pjg2.sampai sini sahaja.wassalam



Tuesday, October 6, 2009

Awek Oh Awek~~~

ini awek sempoi.ROFL~~

Ini ade satu cerita.berkisar kejadian di raya ketiga 2009.berlaku kt kampung aku,kat petronas Tasek Gelugor,Penang.

nak dijadikan cerita,ade la kawan aku dok kt KL,blk kmpung kat Penaga.so,diorg nk dtg beraya kt umah la.bertolak dari Penaga.katenye suruh aku tunggu kt petronas.diorg dh smpai kt situ.so,aku pun,tgh bagi ikan makan kt kolam ikan di tgh sawah tu,pegi la amek moto nk tunjuk jln masuk kampung.(umah kami kt situ elok ujung kampung.mmg payah kalau xtau jln nk masuk.)
sampai kt sane,aku tunggu punya tunggu,xsampai2 gak.last2 aku dpt tau,diorg pegi kt petronas Pokok Sena.amende la diorg ni.stgh jam gak aku tunggu.xbgtau pun aku.seb baik dtg gak.kalau x,dah ku bakar petronas tuh.

tapi bukan ini yg aku nk citer sbnarnye.aku nk citer pasal sorg awek ni.kejadian ngan awek ni berlaku mase tgh tunggu diorg la ni.

sedang aku menanti diorg,tgk la sana sini org isi minyak.agak ramai gak la org dtg ke petrol pump ni.raye la katekan.org sakan g sana sini.nak xnak,kena la aku parking kt isi angin ngan air tuh.

usha punye usha,dtg sorg awek ni.menarik tu xde la sgt,cume ade la manis die.mule2 aku terpandang die dtg kt aku.aku ingat nk lalu je la.so,aku buat xpeduli,pandang tmpt lain.tibe2 aku sedar awek tu tgh usha aku semacam je sambil jln.gua pun usha la balik.lawan melawan usha nih.

pastu die pandang tmpt lain.gua dh rase mcm gua je yg perasan nih.gua usha lg sekali.rupenye die usha gua balik.die jalan pusing keliling aku.tapi 1 round je la.dlm hati gua dah kate,'minah ni minat kt gua ke ape nih?'.pastu die stop belah kiri gua,die kate,"radzi ka?"(sila sebut gune loghat utara).gua pun balas pendek,"hah?".die lang balik,"radzi ka?".gua pun nk try kasi awek ni panas,saje la balas balik,"hah hah?".die terus fed up ngan gua.angin btol minah ni.die ckp,"xdak pa la!".sambil tarik muncung yg kalau lu org gantung cawan,buleh 5 kot.marah benor minah ni.

dalam hati gua terkekek2 gelak.bile mmber gua sampai,gua lalu sebelah awek tu.(die tgh tunggu sape tah ngan mmber die sorg kt tepi jalan).gua gelak kuat2.gua blh nampak dari jauh awek tu malu gile.hahahaha.tapi gua rase gua ni xcukup jahat lak.muahahaha.

so,pasni,buat awek2 seluruh dunia,khas nya yg berada di Malaysia,hati2 la bile korg nk kenal mane2 laki.bukan ckp kt aku,tapi laki yg korg kenal kt tenet.korg chat punye chat,tapi korg xkenal rupe,kn dah susah nk tegor,last2 salah org.klau gua mengaku gua radzi,pastu ayat awek tu,pastu buat onar(konon2 gune ayat lame nih) kt die,kn dah susah.radzi gak dpt name.aku mmg terpikir nk mengaku radzi.pastu gelak kaw2 kt awek tu,tp kesian lak.tp yg penting wahai gadis2 malaysia xkira ape bangsa korg ni,hati2 la ngan stranger.ko kena jual,nasib la ko.peace,chow~

Monday, October 5, 2009

lagi gempa bumi


Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Ryukyu, Jepun, pada pukul 10.12 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gempa itu berpusat di 351 kilometer ke tenggara Kobe, Jepun dan 2,885 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah.

Bagaimanapun, gempa itu tidak mencetuskan sebarang ancaman tsunami. - Bernama


Lagi2 gempa bumi.bak kate org,dunia nk kiamat.dah tua pun bumi ni.berkurun lamenye bertahan sejak zaman berzaman.kejap kat indon,jepun lak.pasni xtau kt mane.so,berhati2 la walau dimana korg berada.

Pasal gempa ni mmg kecoh skang.tapi kalau org yg buat 'gempa',semua senyap je.siap join skodeng org buat gempa lagi tuh.mase aku kecik2 dulu slalu gak aku g skodeng org buat gempa.klakar lak bile ingat2 balik.tp gua xsenyap la mcm org lain.lagi gua kcau org buat gempa tu.hahaha.

Slalu aku ikut bapak aku g surau.tapi bile imam angkat je takbir,line clear,aku ngan member merayau.yg penting tahiyat akhir mesti ade dah dlm surau.berlakon tgh tahiyat gak.(konon2 semayang dari mule la tu).

time aku melilau tu la g carik mane2 keta yg dok kt tmpt gelap dan sunyi.mmg confirm ade org buat gempa beb.pernah aku ngan mmber aku jahat pnye pasal,rilek je letak muke kt depan cermin keta org tu.org tgh syiok buat gempa mane perasan sgt beb.tapi bile die sedar,melompat terus.pernah gak kitorg yg kena kejar pastu.hahaha.

gempa....gempa....gempa sana,gempa sini.tak tahu la aku nk kate ape.belom tentu aku selamat gak kan.ape2 pun,sama2 la kite berdoa agar sentiasa selamat.xkire ape ajaran dan agama kita,kita punya cara doa sendiri.moga kita selamat dari bencana dan musibah ni.amin.

Monday, August 31, 2009

babi vs ayam

sape lagi famous?

babi dan ayam.2 menatang yg berbeza.jgn lak korg anggap sama.adalah salah klau korg menganggap 2 menatang ni sama.mau pun dari segala sudut,mahupun dari segi syarak.hari ni aku nk citer kt korg pasal sape yg lg feymes antara 2 ekor menatang ni.walaupun 2-2 ni slalu disebut2 dlm idup korg,tapi sebenarnye antara 2 tu ,salah satu mesti lagi feymes.so,check this out~~



menatang babi
alkisah,tersebut lah citer babi telah idup berkurun lamenye.tapi tidak dapat aku pastikan adakah sejak zaman dinasour lagi ataupun zaman rock kapak.tapi aku cume blhg kate babi dh terkenal lame gak.
ciri2 n kelebihan ;
ekornya - adalah telah dikenal pasti babi xsama ngan ayam.ekor die ade simpul2 pasal babi ni kuat berak.pastu pemalas ya amat.so,mase mule2 die lahir,mak babi akansimpulkn ekor anak die.so,pas berak,ekor xkena taik.so xyah basuh.lgpun bontot die pun mmg xbasuh.
hidungnya - hidung lak lain.pasal babi ni ade penyakit obesiti dari keturunan2 nya.salur nafas pun kecik.sbb tu die nafas bunyi krok krok.hingus ngan taik idung of coz la byk tuh.sbb tu idung die ade 2 lobang besar.senang sket nk napas.tu pun ade bunyik krok krok gak.sian die nk napas.lgpun klau babi idung kecik,mcm mane la die nk korek idung klau gatal2 atau nk korek lombong timah die tu
matanya - sepet.kalau korg perasan la.ini disebabkn penyakit malas babi.suke tido.pastu bengkak mata smpai nmpak sepet.pastu lak kuat skodeng.lgpun klau mata sepet hampir2 terkatup ni ade kelebihan padanye.kalau ade awek2 seksi lalu,xperasan kalau diorg usha pakai ujung mata.so xkantoi la babi ni ngan kaumnye.sbb babi ni pemalu.
telinganya - telinga yg agak besor gak.sbb diorg ni pekak sket sejak lahir.lagipun babi antara menatang yg suke mengumpat.telinga yg besar memudahkn utk diorg pasang telinga bile makcik2 lalu sambil bergosip2.
feymesnye :
babi feymes dikalangan org malaysia sebab menatang yg paling betul.xpernah salah.sbb tu klau org xpuashati akan ckp mcm ni "babi btul la.."dan kata ganti nama bg sumpah seranah mcm bodoh n etc. cthnye "babi la kau nih".fenomena ini terjadinya adalah kerana org yg xtau ckp bahasa malaysia xsebut babi sebagai babi.diorg sebut pig,pork etc.die nih juga slalu disebut dlm hari2.xkan xde langsung dlm m'sia nih org sebut babi dlm 1 hari.



menatang ayam
ceritera ayam juga telah bermula sejak zaman purbakala.jika dilihat gambar2 lame,org mkn2 mesti ade ayam.entah ape yg best pasal ayam pun aku xtau.bukan blh tunggang bwk jln2 ke.klau blh jimat gak minyak aku
ciri2 n kelebihannya ;
ekornya - pjg terjurai2 kebawah dan kembang.ayam telah diajar dari kecik tentang beberapa aspek kebersihan.mak die dh ajar dr kecik utk menyapu dan membersihkn laman umah.sbb tu reban ayam agak bersih la banding ngan umah org bujang.tapi bersih2 pun kecundang gak ayam terkena h5n1 bird flu.bersih saje xcukup klau xbuat pemeriksaan doktor
hidungnya - mempunyai lubang yg kecik pasal jari die pun kecik.cungkil taik idung pun pakai kuku die yg tajam tu.so gune ujung2 je.lubang idung pun agak keras pasal kalau lembut,asyik terluka je idung die tuh time korek idung.
kepalanya - ade balung atau jambul tuh.tu power dier tuh.mcm punce kekacakan dan kehenseman ayam.mcm otromen la.kn ade mcm balung ayam kt atas pale die tuh.power tu beb.aku tgk citer otromen mase kecik2 dulu,die buleh cabut baling kt resakse,terbelah 2 sudey resakse tuh.cube korg try buat kt ayam korg mcm tuh.kot2 buleh cabut.buleh korg gune ayam utk self-defense.
dadanya - agak segak dan tegap.ayam telah dilatih juga tentang disiplin dan basic ketenteraan.diorg ade latihan khidmat ayam(mcm khidmat negara kirenye).kawad kaki,latihan arahan kawad atau lebih dikenali sebagai berkokok.pasal tu dada tegap je.cube korg letak cctv dlm reban.pastu rekod.bile korg tgk blk yg korg record tu,mesti nmpak pagi2 diorg kawad sume
feymesnye ;
ayam dh makin feymes gak skang.tapi dlm bidang fesyen.bidang makanan ade sket je.dlm bidang fesyen,org ramai tiru style rambut balung ayam.yg buat style punk tu pun tiru ayam je.konon2 je diorg kate tiru budaya barat.perasan lebey la lu.ayam la inventor 1st fesyen tuh.makanan lak of coz la korg sikit2 nk mkn ayam.kfc la,ayam golek la,bapak ayam la.eh2,bapak ayam bukan blh makan.silap2.


ape2 hal pun,aku dh blur dh.xtau nk kate sape menang.sape lg feymes.pandai2 ar korg tentukan sape yg menang.walaupun begitu,jgn korg samakan pig ngan guinea pig.sbb lain tuh.bwh ni guinea pig
mr. guinea pig.ahli sukan bola sepak kdg2

jadi,terserah lah pada korg nk tentukan mane lagi feymes.yg penting korg heppy.jgn makan guinea pig lak sudah.mampus aku nk menjawab utk korg nnt.
chow~

Sunday, August 30, 2009

merdeka 2009

selamat menyambut hari kemerdekaanyg ke 52.semoga korg sentiasa merdeka kn diri dri segala gejala2 negatif dan simptom2 yg xmerdeka.arini aku join perbarisan kemerdekaan under silat gayong (pssgm) melaka kt MITC,melaka.
cuaca pagi agak mendung2 bahasa,sepoi2 indah je.org plak xde la ramai mcm thn lepas sbb thn lepas buat kt bandar hilir.jurulatih aku dari kem pun xramai yg nampak.kiri kanan barisan pun masih ade ruang.so,xde la ape2 yg menarik sgt pun tahun ni.yela,sume dok pose.bdn letih la kononnye,xleh join.nnt lapar,mati tgh jln.
so,mcm biasa ar,nyanyi lgu negaraku,1 malaysia(rsenye la,xdgr sgt diorg ckp td),pastu malaysiaku gemilang.lagi 1 bile diorg nyanyi lagu malaysia oh tanah air ku (koir),pergh.. teringat lak time kecik2 dulu blaja lagu tu kt skolah.teringat lak kt kampung.hahaha
pape pun,sempat la amek gambar sket.tgk je la kt bwh2 nih


bergambar beramai2 atas pentas

papan tanda yg menarik..ye kot..entah la

c. hairol mengetuai perbarisan

barisan pendekar2.ade lak main2 dlm barisan tu.ish..ish..ish..

Api , pemegang bendera gayong kali ni

ni time diorg tgh nyanyi lagu malaysiaku gemilang.berkibar2 bendera..

ni ntah la time ape.lupe lak.tapi nampak semua mcm bosan je

aku xtau la nk kate ape ngan diorg bertiga nih..

chow~




pose oh pose


pose...bile citer pasal pose,korg xpernah teringat ke time mule2 korg pose.dah seminggu dh kite pose,tp arini br aku nk bebel pasal pose.pose ni baik utk kesihatan sebenarnye,kerana selama ni kite asyik melantak je semua yg ada smpai perut kembung.ni la time utk kasik perut rehat sket.lg pun sape yg nk kuruskn bdn time ni mmg cantek la.
tapi time berbuka korg sental smpai xingat dunia,same je la mcm xdiet langsung,pastu mlm pas terawih korg bedal lg.pastu tido.bgun sahur korg melantak lg.lame2 bulan pose je korg dh buntal.bukan kurus.hahaha.
lupe lak,mule2 nk citer pasal teringat 1st time pose.ni dh merepek tah g mana2 je.biasa la,xde skrip beb.1st time aku pose time umur 5 thn.pergh,aku tgk sume pose,aku pun ikut je la.segan ar nk mkn depan family.bapak aku siap ckp "sape pose,1 hari dpt singgit.kalau penoh dpt rm3o".
mase tu aku kecik lg.xtau gune duit.mmg aku rase rm30 tu byk gile la.(kecik2 dh mata duitan).klau time tu aku tau rm30 tu kecik je,xnak la aku.hahaha.tapi mase tu aku pose full beb.sikit pun xngelat.tapi mase umur 6 thn je aku ngelat sket.ahaks~~jgn mara ek mak.
mase amek wudhu dlm blk air,ceh konon2 je amek wudhu ni, aku telan la air sket.konon2 terlupe la tu xpun xsengaja.so aku xpose dlm 5 hari mase thn tu.pastu yg lain full la.
tp mase form 1 smpai form 3 aku rajin gile pose sunat.bukan nk citer aku baik,tapi korg byg ar,aku pose pun org bayar beb.dapat duit zakat utk sahur ngan berbuka.walaupun xsampai berpuluh ringgit tiap kali pose,tp kire orait ar,duit gak ape.
kdg2 tgk bdak2 pose blh teringat time kite pose kecik2 dulu.penuh telatah.tgh hari mcm nk pitam,pas masuk bilik air amek wudhu,bdn segar gile.pasal dh telan air ntah bape gelen la dlm tu.aku pun dh xtau ape nk bebel dh ni.len kali je la aku merepek lg.

chow~

bapak ar ayam...


dolu-dolu mase aku kecik2 ade org pernah tanye kt aku ; "antara ayam ngan telor ayam,mane yg jadik dulu?" maka aku dgn penuh rasa bangga tanpa was2 serta syak curiga aku pun jawab ar"mestilah ar telor ayam,pastu menetas,pastu jadik ayam"
tapi salah gak jawapan tu.kate org tu kalau xde ayam,mcm mane lak telor ayam tu tibe2 ade.xkn la mcm biskut chipsmore lak,kejap ade,kejap xde.rase2 nk ade,tuing! ade telo sebijik depan mate.
maka aku pun tanpa rase segan silu terus ckp "getul gak ek".kdg2 teka teki mcm ni buat kite pikir asal usul sesuatu kejadian.bukan senang beb.mcm henset.awal2 tu bapak ah,buruk gile dr talipon.pastu upgrade sket,jd pager dulu.pastu lak jadik enset.tapi mase tu punye,mak datuk,besor gile ckp lu.mcm tokey balak punye fon.tu kalau baling kt anjing pun mau mati anjing.pastu evolusi demi evolusi,tamadun henset mule berkembang jd la mcm2 skang.ade jenis slide la,jenis sekeping la,mcm2 la.mls lak aku nk pikir.
ha,ntah la mane aku melalut.tp tu la,kalau sape2 tau teka taki tu punye jawapan tlg la bgtau aku ek.dah xingat dh jawapan utk ni.

Friday, August 28, 2009

Majlis Sandang MB Zambry

25 ogos aritu gua dijemput join skali ke majlis nk sampaikn sandang pd MB Zambry di Ipoh Perak.Gua g ngan family gayong Melaka.mmg blh kate grand gak la event yg family gayong perak buat.dari pas zohor dlm pkol 2 or 3 tu buat raptai.dapat gak ar tgk muka2 Lembaga Waris Amanah (LWA) yang dikata2kn tuh.ada gak ibu gayong.semoga guru2 yg gua kasihi ni sentiasa sihat walafiat.
ngantuk je gua rase pasal duduk je.bosan gak.tapi gua sempat amek sedas dua gambar.ade lagi lain kt c. Zamir.later aku upload le.pandai2 le aku buat mcm mane nnt.papehal pun,layan yg ada nih

ni la rombongan family gayong melaka.yg ujung tu blh x msuk frame lak..

ni lak rasenye pengerusi lembaga adat negeri kot klau xsilap.
mase ni pale gua dh ting tong sket

ni pas semua penat raptai.masing2 dh menyampah tunggu nk bukak pose kot ni...

hah..time ni tgh majlis.gua selamba redah je bgun dr tmpt duduk nk amek gmbo.ni belah kanan dlm dewan.ramai gak otai2 bersandang dlm ni

ni sudut belah kiri.pas amek pic ni,gua marathon duduk tmpt blk beb pasal gua dgr ade walkie talkie(ntah betul ke x aku eja nih) ckp MB Zambry nk masuk dh..

ni je gua ade.nnt gua dpt yg cantik2 lg ngan video,gua letak sini lagi.

chow~

A Good Day!!!

wohooo~~~
hi world...kini gua dtg dgn blog sendiri.sblom ni gua dh buat dh kt
>>> http://pssgm-mmu.blogspot.com.tapi rase mcm xbest lak sbb xleh sewenang2nya post sbb tu bukan utk gua beb.skang ni n mulai skang gua akan merepek.maka layan je la repekan2 gua yg melalut je nih.pape hal gua nk blah dulu siap kn lagi
chow~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...