Pages

Tuesday, October 13, 2009

Jenis-Jenis orang Yang Mengjengkelkan di Universiti #2

Rage time again.. rage. Kali ni kena batang hidung sendiri- credit to Obefiend

MINAH DATIN

Minah Datin ialah Mak Datin in training. Semua Minah Datin yang anda nampak
sebelah Dato' dan Pak Menteri memulakan evolusi kedatinan mereka dari spesis
ini. Minah Datin seperti Mat Jiwang boleh dijumpai dari minggu suai kenal lagi.
Awek lain pakai baju kurung dan kasut flats, dia akan pakai kebaya jarang dan
high heels keletuk keletak. Mekapnya juga tebal lagi dari buku Harry Potter.
Minah Datin masa minggu suai kenal suka berjalan seorang diri. That way dia akan
nampak lagi meyerlah. Minah Datin juga adalah orang pertama yang akan dilihat
naik motor abang senior merangkap fascilitator minggu aluan siswa. By the time
dia masuk tahun ketiga 70% abang-abang yang famous dalam uni dah dia date. Kalau
uni kamu ada local area network jangan terkejut kalau Minah Datin dapat jadi SOP
MIRC atau Admin secara fast track. Ini adalah kerana abang admin dah jatun
cintan dengan minah datin. Pada tahun ketiga sebelum praktikal minah datin akan
mengeluarkan statement macam bagus seperti;

"Aku tak date budak satu batch pasal tak matang"
"Apa kelas date budak sama batch? Balak aku grad ,dah kerja dan boleh support
aku"

Untuk tiga tahun pertama Minah Datin akan menjadi the hot stuff di uni. Semua
orang kenal dan boleh dikatakan cerita tentang dia jarang yang enak didengar.
Masuk tahun akhir saham Minah Datin akan jatuh macam saham Bernie Madoff kerana
ada junior baru yang take over sebagai Minah Datin Alpha. Masuk fifth year bila
dah lemau baru la sedar abang dia yang dah grad tu bukan tunggu dia pun. Semua
dah kahwin budak setempat kerja. Jadi la Minah Datin ni single and tak
laku-able. Believe it or not sebelum grad Minah Datin akan end up berkapel
dengan budak satu batch jugak akhirnya. Most of the time it's the same dumb ass
yang dah mendamba Minah Datin sejak first sem lagi tapi kena reject masa first
year. HAW HAW HAW!

MACAM MANA NAK KENAL MINAH DATIN?

Mekap tebal, budak all girl school yang feymes , badan montok dan dress up
kalahkan Gossip Girl. Later bila dah tak laku dia akan tone down tapi akan jadi
manusia pertama yang tak puas hati kalau ada awek junior yang seksi. Dia juga
lah yang akan mulakan cerita busuk pasal awek junior hot terkini tersebut.

MAT GAMING

Mat Gaming ialah manusia no life yang asik main game di uni. Pukul 2 petang dia
akan main Counter Strike dekat 1000 kali. Pukul 3 pagi dia still akan menjerit
"babi babi fire in the hole lancau" untuk kesekian kalinya. Mat Gaming yang
paling dewa akan menjadi idola Mat-mat Gaming yang lain. Setiap skill beliau
akan menjadi bualan macam orang bercerita tentang hikayat pengembaraan Illiad.

"Semalam Nam3L355 PWNS 6 CT sekali round pakai DE dekat DDUST. Aku try HE dia
ikut bomb site A tapi dia HS aku pakai AK dari belakang CT spawn "

If you can understand what I just wrote above, then you are a Mat Gaming
yourself. Jangan malu. Penulis juga seorang Mat Gaming dimasa mudanya dulu. Mat
Gaming juga ada masalah menahan emo . Katakan ada teammate silap sikit dia akan
jerit sampai satu blok dengar. Kalau teammate dia tutup pintu dia akan sepak
pintu tu sampai puas hati;

"Sial la Ajil.. aku dah kata jaga radar pack sebelah kiri dengan Panzer. Apasal
engkau respawn jadi medic. Tau la Soldier skill dah +4 tapi jangan la abandon
sial. Next time spawn aku MG semua!"

Ini Mat Gaming spesis gila multi player. Ada jugak Mat Gaming yang muka tak
malu. Mat Gaming yang suka main game tapi takde PC sendiri. Dia akan pergi PC
orang pastu install game sesuka hati. Lepas tu melekat kat PC orang sampai
kerusi yang dia duduk ada kesan peluh berbentuk bontot. Mouse pulak ada daki
tebal.

But wait there's more! Spesis ketiga Mat Gaming ialah Mat Gaming peninggal taik.
Dia akan main game kat PC orang lepas tu tinggalkan high score dia untuk
tunjukkan dia power. Ini boleh dilihat dalam game macam Guitar Hero , Rock Band
atau 3D Pinball Space Cadet.

MACAM MANA NAK KENAL MAT GAMING?

Pergelangan tangan sebelah kanan dia ada a patch of skin that is smoother than
the rest. Kesan jangka panjang berjam-jam seret mouse atas meja. Sampai jadi
kematu pun ada. Rig dalam bilik pulak mesti dah moded dan kalau anda roommate
dia, pasti anda perasan akan ada orang melawat sekadar nak tengok dia main game.
50% dari Mat Gaming mesti at least extend satu sem. Most of the time orang tak
tahu pun nama betul dia. Kalau jumpa kat luar bertegur sapa dengan nickname in
game seperti Winters , Fatal1ty, Ayob_Skod , Craxtor, Vivre , Sta88er dan
Nam3L355. Lame shit sial! Macam aku.

MAT EXTEND

Mat Extend menjengkelkan pasal diorang ni tua kutuk tak sedar diri. Kalau extend
satu sem takpe, ni extend 7 -8 sem. Orang lain dah habis masters dia still tak
abis lagi degree. Diorang selalunya dah sediakan alasan kalau kena tanya kenapa
tak abis-abis belajar;

"Aku saja je malas abis awal pasal kat luar tu bukan ada kerja pun skang"
"Aku tukar course pasal aku nak belajar semua benda..aku boleh je double major"

Padahal semua orang yang kenal tahu dia ni pemalas, kaki mendak, main game,
layan TV series, layan hentai dan uselessjunk! Not surprisingly walaupun dia
warga emas dekat uni, dia still antara orang yang paling famous dan banyak
kawan. Cakap je nama dia semua orang kenal. Orang lain pergi kelas dia duduk
merempat dekat MIRC layan chat.Tak pun sentiasa kelihatan di forum-forum
internet sepanjang masa kumpul postcount. Mat Exend jugak orang yang paling
banyak cerita negative pasal lecturer-lecturer yang ada dalam uni kamu.

"Engkau ambik Fluid Mech dengan Ir Matori eh? Habis la engkau. Mamat tu ngajar
macam lakhanat! Tak paham aku"

Tapi bila kamu ambik kelas yang sama kamu rasa ok je dia ngajar. Paham je segala
benda yang dia tulis dalam notes dan white board. Apa Mat Extend ni bebel sial?
Tapi walaupun diorang ni jengkel dan nampak busuk korang berkawan jugak dengan
diorang. Nak tahu kenapa? Pasal Mat Extend warga emas ni la yang jaga network
korang, troubleshoot PC korang kalau rosak , ajak maple malam buta, organize
gathering komuniti , tokan ganja , tokan udang galah jepang dan mesra talak
sombong. Segala hal takde masalah dengan Mat Extend. Diorang ni ada aje masa
terluang untuk layan kerenah korang.

MACAM MANA NAK KENAL MAT EXTEND?

* Muka dekat kad matrik tak sama dengan muka diorang sekarang pasal gamba tu
ambik 7 tahun lepas
* Saiz pinggang tak kurang dari 34 inci
* Admin dan SOP dalam kolej. Kemungkinan besar network server DC++ uni kamu dia
yang punya
* Mat Extend ialah brader paling awal dating dengan Minah Datin. Fucking ass
sungguh!
* Bila dia hilang one fine day dari kolej korang terfikir. Dia tu dah grad ke
kena tendang? HAHAHAHHA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...