Pages

Tuesday, October 13, 2009

Benda Annoying Masa Majlis Kawin #2

Continue raging! Raar raar - credit to Obefiend again.

MAKCIK CATERING YANG KEDEK

Masa aku kecik-kecik dulu aku suka pergi majlis kawin. Dapat makan ayam masak
merah dan minum sirap pekat. Ayam masak merah majlis kawin lain macam sedap rasa
dia. Mungkin bila masak satu kawah tu perisa dia lagi ong tak macam masak
sikit-sikit. Aku jenis tak makan banyak tapi kalau pergi kenduri kawin aku bedal
sebanyak mungkin. Traditionally satu meja ada sepinggan lauk, sepinggan acar,
kuih 2-3 jenis dan satu jag air sirap. So tetamu is expected untuk habiskan
semua makanan di atas meja diorang. Tambah-menambah is the norm pasal nak tunjuk
kat tuan rumah yang masakan dia sedap. In fact zaman dulu tuan ruamh suruh kita
tambah dan melantak. Kalau tak dia offended.Itu dulu. Sekarang tidak lagi!

Djaman sikalang orang dah tak pakai hidang lauk atas meja. Sekarang pakai kayak
buffet. Tetamu datang terus beratur kat buffet line sambil makcik catering
letakkan lauk atas pinggan untuk tamu. Pasal lauk dah tak masak on site maka
caterer zaman sekarang suka mencatu makanan. Satu ketul ayam per guest. Satu
senduk kuah. Oren satu ulas dan air gelas plastik kecik (note to tuan rumah :
gelas kaca for the win! cawan plastik tak stim!). Macam tak ikhlas sial letak
makanan sikit nak mampos. Pastu pernah aku kena marah mintak ayam lebih;

"Makcik saya tak nak rendang.. boleh bagi ayam lebih?"
"Tak boleh nak.. seketul ayam aje untuk satu tetamu"
"Tapi ni bahagian peha dah potong tiga.. takkan banyak ni je?"
"Tak boleh nak.. seketul aje bole!!!!"

Cam tahi habis. Caterer sucks ass! Ade ke jantan gemok seladang macam aku ni dia
bagi bahagian peha yang dah dipotong 3. Ini macam isi minyak RON95 10 ringgit
dalam tangki minyak Hummer H3 Horatio Caine! Mana boleh! Bring back the old
ways. Apa kes catu makanan tetamu!

KHEMAH KAHWIN HALANG JALAN

Nyirap tak? Pagi-pagi bawak kereta nak pergi kedai sekali jalan kena blok. Yang
bestnya kerusi apa semua tak letak lagi pun, tapi tuan punya kenduri dah letak
sign "no entry" dengan kereta dia letak atas jalan. Apa punya busuk perangai
manusia ni? Kalau kerusi dengan meja dah tersusun aku boleh lagi consider. Ni
belum apa-apa dah halang jalan. Pastu pulak masa kenduri kahwin tetamu datang
parking kereta ikut suka hati nenek dia aje. Sometimes kereta jiran tak boleh
nak keluar pasal parking macam haram.

Zaman dahulu kala bila kahwin kat kampung memang lah logik buat kenduri kat
rumah. Kampung djaman dulu mana ada dewan komuniti. Laman rumah dulu pun luas
pasal melayu dulu petani. Melayu pasca millenium duduk rumah teres. Nak parking
2 kereta dalam halaman pun tak cukup apa lagi nak letak 3 pasang khemah lengkap
dengan kipas sembur air. Zaman moden sekarang aku rasa ada baiknya kalau kita
buat kenduri kawin dekat dewan serbaguna. Jalan tak berapa nak block. Parking
space dah tersedia dan paling bagus sekali pakcik hensem nak melalak masa
karaoke pun boleh melalak dengan girangnya pasal dewan adalah peredam bunyi yang
efektif. Bunyi contained dalam dewan je. Takde la jiran yang hangin macam apa
yang aku baca dekat comment section part #1 semalam.


TANDA ARAH TAK BUANG LEPAS KENDURI HABIS

Ni satu lagi pet peeves aku. Lepas kenduri kendara dah setel (dan mempelai dah
puas bergolek-golek) road sign homemade yang dipacak serata taman perumahan tak
reti nak cabut. Ada yang dah sampai berkulat pasal lama sangat terdedah kepada
elemen alam. Dah la design huduh, main suka hati je lilit mana-mana dia suka.
Kat traffic light la.. kat petanda jalan la. Sekali tengok macam iklan ah long
plak.

Tapi kalau korang perasan sekarang ade new trend bila kawin. Pasang bunting dan
banner ala ala konsert AF. Agak bijak jugak la. Ada kemajuan bai. Takde la lagi
banner kertas AF conteng pakai marker lagi! Maju! Ini tak annoying tapi ini amat
bagus. Aku yakin lepas kawin mesti diorang cabut sendiri benda ni buat
kenang-kenangan. Al maklumlah nak print satu bunting tu mahal maka dengan
sendirinya masalah road sign homemade reput akan terhapus!

PENGANTIN LELAKI PAKAI SPEK ITAM

Aku tak tahu kenapa ada pengantin lelaki pakai spek itam? Nak nampak misterius
ke? Nampak cool macam Vin Diesel ke? Bagi aku kalau bersanding pakai spek itam
nampak macam douchebag. Lepas tu bergambar pun nak pakai lagi Rayban dia.
Menunjuk ke hape? Tapi bila aku godek-godek balik gambar wedding lama-lama aku
rasa aku dapat jawapan kepada misteri spek itam ni. Aku perasan kemunculan dia
masa early sixties. Zaman tu aku tengok semua pengantin lelaki melayu pakai spek
itam. Kebetulan masa tu Rayban ialah lambang kecoolan kamu. Artis barat semua
pakai spek itam. Bila semua orang pakai spek itam maka wujudlah tradisi baru.
Pengatin lelaki pakai spek itam walaupun dah naik pelamin. Agak what the hell
jugaklah. Kenapa pengantin perempuan tak ada LANGSUNG yang pakai spek itam? Last
time aku tengok pengatin perempuan pakai spek itam ialah masa P Ramlee kawin
dengan Saloma. That was the fisrt and last ever instance that I ever saw
pengantin wearing matching shades.

Oh ya.. tahu bila dan dekat mana boleh tengok pengatin perempuan pakai cermin
mata hitam? Masa nak bercerai dan jumpa dekat mahkamah syariah. Masa tu dua-dua
pihak ada cermin mata hitam. Yang perempuan mesti pakai yang sebesar-sebsar
mungkin! LOL

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...